Anwar arah MB Selangor cungkil Khalid, dan Khalid pula menjawab, “silakan! suit yourself”


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_AspanAlias_zpsad6a015f

Aspan Alias

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata di Seberang Jaya dua hari lepas yang beliau telah memberikan arahan kepada MB baru Azmin Ali, untuk membongkar semua perjanjian dan projek yang diluluskan oleh TS Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dahulu.

PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu.

Di antara yang akan dibongkarkan ialah projek Kidex, Perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan serta pembinaan projek Langat 2. Beliau berkata setelah rakyat tahu keadaan sebenarnya baru lah mereka faham kenapa PKR membuat ‘initiative’ Langkah Kajang dahulu.
Kenyataan Anwar ini merupakan satu kenyataan untuk membina satu alasan yang kukuh untuknya bagi memberitahu rakyat Selangor kenapa beliau bertindak mengadakan ‘Langkah Kajang’ dahulu untuk menutup keaiban politik yang beliau telah lakukan terhadap Khalid. Khalid pula tidak mahu tunduk terhadap tekanan terhadap beliau untuk berhenti dan memberikan kerusi Menteri Besar itu kepada beliau atau isterinya sendiri.
Anwar sebenarnya telah memberikan gambaran yang sekarang beliau berpuas hati dengan perlantikan Azmin itu, walaupun Azmin tidak pernah dicalonkan oleh beliau atau PKR untuk mengganti dan mengambil alih Khalid Ibrahim.
Dalam reaksinya Khalid Ibrahim mengalu-alukan sesiapa atau mana-mana pihak termasuk SPRM untuk melakukan penyiasatan keatas beliau dalam semua yang beliau luluskan semasa menjadi Menteri Besar dan peguam beliau akan membuat kenyataan apabila sampai waktu dan masanya nanti. Pendeknya Anwar telah memberikan isyarat yang beliau akan mengarahkan Azmin untuk melakukan pembedahan terhadap pentadbiran TS Khalid Ibrahim dahulu.
Kenyataan beliau (Anwar) itu memberikan kefahaman yang beliau sedang berkuasa di Selangor dan Azmin itu hanyalah Menteri Besar yang beliau boleh kuasai dan tentukan hala tuju pentadbiran Selangor itu. Beliau memberitahu kita yang Azmin itu hanyalah ‘conduit’ kepada kehendak beliau sahaja. Ia juga memberitahu Khalid yang jika beliau bersetuju untuk menjadi ‘conduit’ beliau dahulu, Khalid mungkin tidak akan di ambil tindakan ke atas nya.
Isu ini akan menjadi ‘interesting’ dan kita mahu melihat sejauh mana isu ini akan berpanjangan kerana Khalid memberikan ‘welcoming reaction’ terhadap kenyataan Anwar itu. Siapa pun boleh menyiasat beliau termasuk SPRM, kata Khalid.
Bagi saya Anwar boleh lakukan penyiasatan terhadap segala yang dilakukan oleh Khalid jika ia diperlukan dan boleh memberitahu hasil penyiasatan beliau terhadap ‘salah laku’ bekas MB itu. Semuanya terbuka untuk disiasat seperti penyiasatan yang dilakukan terhadap beliau dalam isu sodomi beliau yang berturut kali itu. Kita perlu ingat yang Anwar sendiri telah disiasat dan telah terbukti bersalah di atas tuduhan sodomi itu. Sekarang beliau sedang berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 haribulan Oktober nanti.
Jika Khalid di dapati bersalah maka beliau akan menerima hukuman dari undang-undang seperti Anwar yang telah dihukum oleh undang-undang apabila tersabit kesalahan beliau dalam isu sodomi itu. Melakukan sodomi itu jika tidak lebih besar ia setara dengan kesalahan rasuah dalam kepimpinan negeri dan negara. Buat masa ini Anwar telah didapati bersalah tetapi Khalid belum lagi bersalah kerana penyiasatan belum pun bermula.
Tidak semua manusia boleh dikelirukan oleh sesiapa sekarang ini. Masa dan zaman sekarang tidak lagi sesuai untuk mengelirukan sesiapa oleh sesiapa. Ramai yang mempunyai ‘apprehension’ untuk memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak mahu melihat Anwar terus menerus mengelirukan rakyat.
Kita tunggu apa kesudahan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan dan beliau elok menumpukan masa untuk menjaga kesnya yang bakal tiba itu dari memberikan tumpuan untuk menuduh orang lain salah mentadbir negeri Selangor. Isu yang beliau hadapi sekarang ini lebih besar dari isu yang akan dihadapi oleh Khalid jika benar Khalid ada melakukan kesilapan dan kesalahan.
Jika keputusan Mahkamah Rayuan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan maka Anwar tidak boleh lagi dijadikan pemimpin yang relevan kerana isu moral seperti ini tidak membolehkan sesiapa untuk mendekati kepimpinan mana-mana negara sekali pun.
Bagi Azmin, beliau tidak perlu terburu-buru untuk mendendami Khalid kerana jika salah langkah beliau itu, padahnya akan datang kepada beliau sendiri kerana Khalid mempunyai banyak ‘positive traits’ dalam diri beliau. Jika beliau dikorbankan kerana perbezaan pendapat atau kerana perlumbaan untuk berkuasa suatu hari nanti, kuasa yang ada kepada beliau itu sendiri akan memakan diri beliau kembali. Semasa itu nanti tidak ada siapa yang akan bersimpati terhadap beliau malahan rakan-rakan disekeliling beliau sendiri akan membunuh karier politik beliau itu.
Jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuh beliau kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika beliau berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik itu. Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ dan jika peluang ini tidak diambil kesempatan oleh beliau maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepada beliau.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...