“Nik Abduh jangan terlalu banyak bersuara”


nik abduh

Bagaimana mahu dikatakan PAS dibuli jika PAS peroleh untung bertahaaluf dengan PKR dan DAP?

Zefry Dahalan, Free Malaysia Today

Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, meminta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menumpukan perhatian kepada tugasan beliau selaku Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Selaku AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pasir Mas penggal pertama, Dewan Pemuda PAS Kota Bharu berpendapat lebih aula bagi YB Nik Abduh menumpukan perhatian kepada tugasan selaku AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Tugasan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“Tugasan selaku Ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.

“Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka.

“Mengambil semangat bulan-bulan haram khususnya bulan haji ini, serta garis panduan parti dalam mengeluarkan pandangan, sebaiknya YB Nik Abduh mengamalkan puasa Maryam di kala virus memporak-perandakan keutuhan kerjasama PR terus mencari mangsa yang seterusnya.

“Jika pun YB Nik Abduh mahu bersuara maka bersuaralah di dalam kapasiti dan nada yang lebih bersesuaian dengan jawatan dan kedudukan.,” katanya.

Dr Rosli Allani berkata Nik Abduh adalah Timbalan Pengerusi Lajnah (biro) Perpaduan Nasional PAS Pusat.

“Selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, suara YB Nik Abduh sewajarnya lebih positif, lebih membina dan lebih ke arah membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

“Dewan Pemuda PAS Kota Bharu tidak faham bagaimana YB Nik Abduh boleh menyatakan bahawa PAS tetap hidup dan berjaya dalam walaupun PAS dibuli sentiasa, bahawa PAS memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri, dan bahawa PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana, bukan disebabkan (not because of) tahaalufnya tetapi di sebalik (in spite of) tahaalufnya (walaupun dibuli).

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...