Azmin akan menghadapi cabaran besar


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_AspanAlias_zpsad6a015f

Aspan Alias

Anwar dengan penuh ‘politeness’ telah memberitahu kita secara halus yang beliau lah yang berkuasa di Selangor. Anwar telah mengumumkan yang beliau telah meminta atau mengarahkan Menteri Besar baru untuk membongkar semua ‘salah laku’ semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.
Ada dua perkara pokok yang terlihat dengan kenyataan Anwar itu. Pertamanya beliau telah memberitahu kita rakyat biasa ini yang beliau sudah merasa ‘enlightened’ dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar kerana beliau boleh mengarahkan Azmin untuk melakukan sesuatu yang beliau kehendaki. Ini tidak dapat dirasanya semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.
Maka nyata yang matlamat untuk meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar itu adalah masalah kuasa, tidak kira secara ‘direct’ atau secara ‘indirect’. Anwar seolah-olah mahu memberitahu supaya Khalid serta siapa yang beliau maksudkan supaya berhati-hati dengan beliau kerana beliau sudah mempunyai kuasa atau pengaruh melalui Menteri Besar yang baru ini.
Kalau dia gagal untuk meletakkan isterinya sekarang beliau ada orang kuatnya menjadi Menteri Besar. Kata setengah orang, kalau tak dapat meletakkan isterinya, dapat orang kuatnya menjadi MB itu sudah memadai. ‘Tak dapat dagingnya, dapat kuahnya pun rasa daging juga’. Tentu Azmin merasakan masalah sedang mula menghampiri beliau walaupun baru beberapa hari sahaja menjadi pengganti Khalid Ibrahim.
Inilah sebenarnya kemahuan Anwar yang tidak dapat dipenuhi oleh Khalid dahulu. Anwar perlukan tempat untuk memberikan beliau perangsang dengan mempunyai tempat untuk menyara kemahuannya untuk berkuasa. Untuk itu beliau mahukan semua orang terutamanya dalam partinya untuk menyokong beliau tanpa berbelah bagi dengan menggunakan isu-isu yang diada-adakan untuk menurunkan Khalid Ibrahim. Selain dari menjadi pemimpin de facto PKR beliau mahu menjadi Menteri de facto di Selangor.
Lebuhraya Kidex, pengambil alihan projek air serta berbagai-bagai lagi yang beliau fikirkan boleh diterima dan dibeli oleh pemikiran ramai. Pengumumannya untuk mencungkil segala-gala perjanjian dengan semua pihak semasa pentadbiran Khalid itu merupakan isyarat kepada semua, ‘I am in control of Selangor , and you better watch out’. Beliau sedang menunjukan ototnya kepada kita semua.
Kita tidak tahu apa untungnya kepada beliau dengan menunjukan ototnya itu. Yang pastinya sekarang ini Pakatan Rakyat sedang di ambang kesusahan untuk menghadapi rakyat selepas ini. Beliau tidak lagi mendapat sokongan ramai semasa berada di Seberang Jaya tiga hari yang lepas kerana masalah penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan Anwar selama ini.
Bagi setengah pihak, inilah caranya untuk memberikan perbezaan di antara beliau dengan Khalid Ibrahim. Khalid telah melakukan yang terbaik, lebih baik dari mana-mana MB atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang lain. Untuk menambah-baik keadaan pentadbiran adalah susah untuk menandingi Khalid, maka untuk menunjukan kelebihan dari Khalid ialah dengan mencungkil dan tercari-cari kesalahan Khalid, ‘ibarat orang mencari kutu’.
Selalunya badan yang mempunyai tanggungjawab untuk mencari kesalahan sesiapa yang berkuasa, seperti MACC dan badan penguat kuasa yang lain yang bercakap tentang isu ini, bukannya pemimpin politik. Ahli politik merupakan penggubal dasar dan perlaksaan dasar dan penguatkuasaan dasar-dasar itu adalah tanggungjawab pihak pelaksana dasar.
Seperti apa yang berlaku dalam isu pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi oleh berpuluh orang pegawai kastam negara sekarang ini adalah tugas pelaksana untuk mengumumkan apa-apa yang sedang berlaku. Kita boleh saksikan sekarang tidak ada pihak politikus untuk memberikan komen. Yang boleh mengolah keadaan dalam isu Kastam dan Eksais di Raja sekarang ini ialah pihak MACC sahaja dan ini menunjukan kematangan pimpinan pihak kerajaan yang jarang-jarang kita lihat berlaku.
Biar pihak MACC membuat apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pertuduhan pegawai Kastam itu. Begitu jugalah dengan isu Khalid Ibrahim. Biarkan pihak MACC mengendalikan kes Khalid Ibrahim jika ada kesnya. Anwar dan ahli politik yang lain tidak perlu membuat kenyataan kerana jika ahli-ahli politik yang membuat kenyataan, maka berbagai-bagai persepsi akan timbul dengan kenyataan mereka itu.
Saya tidak percaya ada kes terhadap Khalid, tetapi jika ada pun biarlah pihak penguatkuasa dan pihak pelaksana undang-undang untuk membuat kenyataan berhubung dengan isu yang dibangkitkan Anwar ini. Khalid sendiri meminta beliau disiasat dan Anwar boleh memulakan tindakan menyiasat ini.
Khalid pula dalam reaksinya telah memberitahu semua yang beliau pun mahu disiasat oleh mana-mana agensi termasuk MACC bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan jahat pihak yang mahukan beliau digantikan dengan Wan Azizah. Tuduhan itu hanya tiba apabila sudah ada usaha untuk menggantikan beliau dan tercari-cari kesalahan yang di cipta oleh Anwar dan konconya semasa beliau (Khalid) menjadi Menteri Besar.
Khalid tentulah mahu namanya dibersihkan setelah dicemar oleh rakan dalam partinya sendiri yang akhirnya mendapat surat pemecatan yang pastinya dengan kehendak Anwar itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...