Biar Azmin bertatih sendiri


Azmin-Anwar

 

Anwar hanya layak untuk memberi nasihat, bukan arahan, kerana perbuatan demikian adalah satu tindakan yang menjolok mata.

Lisa Adam, FMT

Belum pun panas kerusi Menteri Besar (MB) diduduki Azmin, sudah ada yang cuba mengatur halatuju pentadbirannya di Selangor.

Apa yang sangat menghairankan, ketika Istana mengeluarkan kenyataan bahawa Azmin adalah pilihan Sultan bagi menggantikan Khalid Ibrahim, tidak pula terdengar hiruk pikuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah serta memuji pilihan Istana.

Malah ada yang berani mempersoal tindakan Istana. Tahniah Azmin, jauh sekali.

Masing-masing, dari AMK hingga pemimpin yang tak berapa dikenali ramai, hanya mahu Azmin berkhidmat untuk rakyat Selangor dengan acuan PR, tatakelola yang telah dipersetujui PR, ketelusan seperti dalam PR, pendek kata semua cara PR.

Namun yang paling menarik bila Anwar dalam satu ceramah di Seberang Jaya dengan jelas menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan kepada Azmin untuk membongkar segala ‘salah laku’ Khalid sewaktu menjadi MB Selangor.

Arahan dari Anwar

Mengapa harus Azmin menerima atau menurut arahan yang diberikan Anwar? Adakah Azmin tidak mampu untuk mentadbir atau membuat keputusannya sendiri? Atau adakah Azmin tidak tahu tanggungjawabnya sebagai MB?

Mungkin kerana terlalu ‘gembira’ anak didiknya menjadi kepala pentadbiran di Selangor, maka Anwar melihat keperluan untuk membimbing Azmin. Apa yang mungkin Anwar lupa adalah dia sudah tidak memegang apa-apa jawatan di Selangor yang membolehkannya ‘memberi arahan’ tentang bagaimana Selangor harus di tadbir. Mungkin nasihat sebagai Ketua Umum, tetapi tidak lebih dari itu.

Waima Anwar masih lagi Penasihat Ekonomi Selangor sekalipun, bukan tempatnya untuk campurtangan sampai ke tahap itu.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/01/biar-azmin-bertatih-sendiri/



Comments
Loading...