Langkah sumbang MB baru


Screen-shot-2014-10-02-at-8.44.50-AM-300x211

Tindakan Azmin membekukan akaun SMUE bukan sahaja sebagai isyarat beliau mahu menghukum Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Adam Abu Bakar, FMT

Pegawai Khas kepada ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang apabila beliau membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Menurutnya lagi, ia juga akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri selain budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.

“Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid Ibrahim.

“Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan beliau percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, Azmin Ali.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/02/langkah-sumbang-mb-baru/



Comments
Loading...