PAS juga tidak puas hati dengan DAP


Datuk Dr Khairuddin Aman Razali

Guan Eng tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh menjejaskan PR.

Faiz Zainudin, Free Malaysia Today

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali meminta Lim Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka yang boleh menggangu gugat Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menambah bahawa setiap permasalahan yang melibatkan rasa tidak puas hati perlulah diperbincangankan supaya tidak berlaku percanggahan pendapat.

Jelasnya lagi, pendapat yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu adalah bersifat peribadi sedangkan Guan Eng sepatutnya membuat perbincangan secara rasmi.

“PAS sendiri ada rasa tidak puas hati dengan DAP tetapi kita tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan akan bercakap perkara tersebut di tempat yang sepatutnya,” katanya semasa menghadiri bantahan pengajuran pesta arak Oktoberfest di Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Jelasnya lagi, semua ahli PR perlu menghormati syarat-syarat tahaluf siyasi yang telah dipersetujui bersama.

Khairuddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta supaya ahli PAS yang menjadi talam dua muka keluar daripada PR.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, sepatutnya Guan Eng membawa masalah tersebut melalui persidangan meja bulat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...