Nik Aziz: Nak keluar parti itu mereka punya pasal


nik-aziz-nik-mat

Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan dan tidak boleh membuat keputusan tanpa merujuk parti.

Faiz Zainudin, Free Malaysia Today

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekiranya dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) mempunyai niat untuk keluar parti berikutan keputusan penggantungan mereka, itu adalah hak individu.

“Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah. Ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah.

“Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati,” katanya.

Pada masa yang sama beliau menyokong keputusan Jawatankuasa PAS Pusat untuk menggantung keahlian dua ADUN tersebut di atas kesalahan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS.

Katanya, pergantungan Saari dan Hasnul selama setahun berkuatkuasa semalam merupakan keputusan yang tepat serta bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan mereka.

Semalam Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali telah membuat pengumuman kedua-dua ADUN tersebut tidak dipecat daripada parti tetapi hanya digantung keahlian parti selama setahun.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...