Biar Anwar Berehat Demi Kembalikan Aura Sebuah Perjuangan
Selama lebih 12 tahun membela Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya dalam kes liwat yang dihadapinya… Kali ini saya berharap agar Anwar kembali ke Penjara Sungai Buloh. Bukan kerana saya benci Anwar, bukan kerana saya tak suka Anwar, bukan kerana saya marah dengan Anwar… Beribu tulisan saya sejak 1998 membela Anwar… tapi lihat, akhirnya saya sendiri jadi mangsa kerakusan mereka yang pegang kuasa.
Mereka yang menyorok belakang tabir ketika Anwar dipecat dulu kini tampil mengatakan merekalah pejuang sejati, walhal kembali selepas diterajang dek parti. Mereka ambil alih perjuangan selepas melihat PKR kuat. Ketika parti lemah mana mereka semua ini. Pernahkah mereka rasa nikmat REFORMASI?. Sekarang .. biarkan mereka semua ini lalui zaman itu. Barulah mereka sedar pengorbanan orang-orang lama….
Maka, bagi saya perjuangan keadilan itu lebih bermakna dan terasa auranya bila Anwar kembali ke dalam…. bila Anwar di luar, terlalu ramai pencacai dan penjilat yang mengampu dan merosakkan minda Anwar hingga banyak keputusan yang dibuat mutakhir ini menyinggung hati dan perasaan rakan seperjuangan.
Biarlah Anwar di dalam untuk beliau bermuhasabah dan PKR kembali berubah tidak lagi tersasar dari matlamat perjuangan asal. Soal Anwar salah atau tidak dengan Saiful biarlah HAKIM AKHIRAT yang tentukan, tapi berehat itu lebih baik dari terus menjadi mangsa provokasi yang mendatangkan kontroversi itu sebenarnya.
Mohd Shukri Mohd Ramli
CMK@Blogger Cucumatkilau
Penyelaras NGO
Angkatan Pembela Rakyat
[ A N G K A R A ]