Kidex bukti suara rakyat tiada makna dalam kapitalisme


kidex

Nomy Nozmir, The Malaysian Insider

Saya pernah menghuni di Petaling Jaya, sebuah bandaraya yang saya fikir paling harmoni dalam diri saya dalam mana-mana tempat yang saya pernah tinggal.

Ramai kawan-kawan saya tinggal di Petaling Jaya, bangga tinggal di bandaraya itu dan ada sesetengah daripada mereka, tinggal di situ hampir keseluruhan usianya.

Petaling Jaya, atau lebih mudah dipanggil PJ – adalah bandar terancang yang dibina pada zaman British sekitar 1952, merupakan bandaraya yang kebanyakan masyarakatnya bercampur gaul dengan berbilang kaum.

Semasa tinggal di Petaling Jaya, saya suka merayau-rayau berjalan di sekitar Old Town, atau di sekitar kawasan Jalan Othman kerana pelbagai makanan enak dijual di situ.

Tetapi semua ini akan berubah – sebaik sahaja projek Lebuhraya Kinrara-Damansara atau lebih dikenali sebagai Kidex akan mula dibina.

Rata-rata orang Petaling Jaya membantah projek Kidex ini. Lihat di peti surat atau di pintu pagar mereka, mereka tanpa rasa takut menunjukkan bantahan terhadap Kidex dengan menampal pelekat “Say No To Kidex”.

Saya berani cakap jika keputusan membina lebuh raya ini ada referendum, saya yakin majoriti rakyat Petaling Jaya akan membantah pembinaan Kidex ini.

Tetapi, kerajaan negeri Selangor seolah-olah tidak mempedulikan suara penduduk Petaling Jaya yang membantah projek ini, dan seboleh-bolehnya mengeluarkan kenyataan untuk mewajarkan projek menguntungkan para cukong yang laparkan duit tol daripada orang ramai.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...