UMNO: Berubah atau berkubur


umno-logo

Adakah kepimpinan UMNO Selangor masa kini benar-benar menepati kehendak aspirasi pengundi di negeri itu.

Edwin Michael, Free Malaysia Today

Meremajakan Semula UMNO

UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan parti politik di negara ini cukup selesa dengan tradisi konservatifnya apabila pemimpin yang berumur masih diberikan peluang untuk menyandang jawatan sama ada dalam peringkat pusat mahupun negeri yang sekaligus merencatkan aspirasi dan transformasi kepimpinan UMNO dan BN dalam mengambil hati anak-anak muda.

Namun, keadaan itu diselamatkan oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO yang nyata memahami serta pendekatannya yang mesra anak-anak muda dilihat sebagai kayu pengukur yang membezakan beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang berumur dan sering bersifat defensif serta semacam tidak menunjukkan minat untuk mendekati anak-anak muda.

Namun, harus diakui bahawa ini masih belum cukup untuk menyelamatkan politik UMNO dan BN yang dilihat makin layu dan lusuh serta semacam sudah dipinggirkan dikawasan-kawasan bandar termasuk di negeri Selangor.

Antara Azmin Ali dan Noh Omar

Walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar kelihatan cukup marah dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir namun hakikatnya beliau harus mengakui bahawa kesuraman UMNO Selangor makin terserlah apabila Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor merupakan pencabarnya yang tidak boleh dipandang rendah dan semakin selesa mengukuhkan kedudukannya dalam politik negeri Selangor.

Masalah UMNO Selangor adalah mereka semacam mengambil sikap acuh tak acuh dalam soal melibatkan kepentingan rakyat negeri Selangor dan lebih banyak memilih sikap pasif dalam soal-soal yang memerlukan campur tangan politik. Keadaan ini hakikatnya memberikan ruang kepada ahli politik PR untuk tampil kedepan membantu rakyat sedangkan niat politik PR hanya sekadar untuk mendapatkan perhatian media dan umum.

Beberapa isu yang dilihat gagal diambil kesempatan oleh UMNO Selangor misalnya adalah krisis Menteri Besar Selangor, pesta arak Oktoberfest serta isu-isu tempatan. Keadaan ini nyata menjelaskan betapa kepimpinan UMNO dan BN Selangor kini sudah hilang skop politik tempatan. Kelantangan Noh Omar dalam membalas balik kritikan Tun Dr. Mahathir ini tidak ditunjukkan dalam melawan PR. Malah Noh Omar dan barisan kepimpinan UMNO Selangor termasuk keseluruhan jentera Barisan Nasional seolah-olah tidak berminat untuk merampas kembali Selangor daripada PR.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...