Gobind tegur Nik Amar


Gobind_Singh

Sementara DAP memohon supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, kita dituduh mahu menolak PAS keluar daripada Pakatan

Khairil Ashraf, Free Malaysia Today

Ahli Palimen DAP dari Puchong, Gobind Singh Deo menegur salah faham Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah yang dilaporkan meminta DAP meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

“Sementara DAP memohon supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, kita dituduh mahu menolak PAS keluar daripada Pakatan,” katanya memetik dari laporan lidah rasmi DAP, Roketkini.

Gobind berkata, rakyat Malaysia mengharapkan pimpinan PR yang bersatu hati untuk membina sebuah perikatan politik alternatif yang mampu memimpin negara menggantikan Barisan Nasional.

Tambahnya, usaha yang serius perlu diperlihatkan oleh kesemua parti komponen PR bagi memastikan kejayaan dapat dicapai.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi akan hadir ke mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat menurut kehendaknya sendiri setelah dirayu beberapa kali agar hadir oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, gesaan tersebut mendapat reaksi yang kurang baik daripada beberapa pihak dari PAS, sambil menjelaskan bahwa kesihatan Presiden PAS itu kurang baik.

“Kita tidak menyerang Hadi secara peribadi, tetapi pengalaman menunjukkan bahawa PAS sememangnya ditadbir oleh seorang inividu iaitu Haji Hadi.

“Beliau seorang sahaja yang boleh mengatasi sesiapa atau mana-mana jawatankuasa dalam parti itu,” ujarnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...