Fahami maksud Muhyiddin, Pas bukan lagi musuh Umno


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_SayutiOmar-1_zpsb55a77fc

Sayuti Omar

Spekulasi bahawa Pas sedang menjalini hubungan dengan Umno sehingga memungkinkan wujud kerjasama politik tidak dapat disusuk selindungkan lagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin secara simbolik tetapi gampang untuk difahami.

Semasa berucap merasmi persidangan serentak Pemuda, Wanita dan Puteri Umno malam tadi, Muhyiddin mengakui musuh Umno kini bukan lagi Pas tetapi liberalisme.

“Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan Pas yang membuktikan siapa lebih Islam,” katanya. Bagaimana pun menurutnya dalam realiti hari ini semakin ramai pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam.

Walaupun Muhyiddin tidak menjelaskan siapakah atau parti mana yang memperjuangkan liberalisme tetapi ia jelas ditundingkan kepada Pakatan Rakyat tanpa Pas iaitu DAP dan PKR.

Apa yang boleh difahami dengan pernyataan Muhyiddin itu, Umno tidak lagi takut dengan Pas yang menjadi saingannya selama ini tetapi apa yang digerumi ialah Pakatan Rakatan (tanpa Pas) yang cuba membawa konsep liberalisme dalam beberapa aspek kehidupan yang boleh menjejaskan Melayu dan agama Islam.

Mungkin Pas bagi Umno dan Muhyiddin sudah boleh dijinakkan dan tiada masalah lagi untuk diheret duduk bersama.

Pengakuan Muhyiddin itu membenarkan kebimbangan sesetengah orang dalam parti agama itu yang Umno kini sedang giat memasang jerat untuk menjerut leher Pas atas nama agama dan bangsa.

Perubahan dalam Pas sehinggakan Muhyiddin Yassin tidak perlu takut kepada Pas itu menunjukkan Pas menerima konsep Islam dibawa oleh Umno selama ini. Umno tidak mudah untuk akur kepada Pas berhubung kepercasyaan dan komitmennya kepada Islam, sebaliknya boleh berlaku kepada Pas.

Kewujudan kerjasama Umno – Pas sekurang-kurangnya peringkat asas dan permulaannya tertunjuk dengan apa yang berlaku di Kelantan. Penubuhan jawatankuasa teknikal mengenai Hukum Hudud memberi petanda wujud persefahaman Islam antara kedua buah parti. Bertolak dari itu, kelembutan Pas menerima konsep “wassatiyah” Umno membolehkan Muhyddin dan Umno tidak lagi menganggap Pas sebagai musuh. Pas kini sudah membuka pintu bilik utama rumahnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...