Pemerintah mesti adil kepada semua kaum


Hadi Awang

(Harakah Daily) – Peranan sebuah kerajaan adalah mewujud satu sistem yang adil untuk semua kaum.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada majlis penutup sambutan ulang tahun PAS ke-63 semalam memberitahu bahawa oleh sebab bermusuh, maka sikap adil itu tidak berlaku pada pentadbiran sekarang.‎

“Walaupun saya berada di luar negara tetapi saya mengikuti apa yang berlaku di negara ini, terutama pada Persidangan Agung Umno (PAU).

“Kerajaan perlu adil untuk semua kaum sebab dalam Islam pun ada menyatakan, kalau semua untuk bumiputra apa yang berlaku pada kaum lain.

“Umno yang memerintah, minta bantuan daripada bumiputera (kerajaan), bumiputera pun tak betul, Bank Bumiputra pun mati,” ucap beliau.

‎Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, dalam mengurus ekonomi dan negara ia akan gagal jika mengasingkan agama.

“‎Agamalah yang mengajar kita tadbir negara dengan adil, tiada pengasingan antara kedua-duanya.

“Nak satukan manusia bukan dengan duit, manusia ada perasaan, diri, roh dan jasad.

“Nak menyatukan manusia adalah dengan Allah, barulah tidak ada permusuhan berlaku. Inilah yang PAS nak perkenalkan kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat,” sambung beliau lagi.‎

 



Comments
Loading...