Bekas kakitangan PKNS Holdings tuntut Azmin kembalikan jawatan


azmin_ali_2609

(The Malaysian Insider) – Kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) gesa Menteri Besar Selangor Mohammed Azmin Ali membela nasib mereka selepas dipecat tanpa alasan munasabah daripada anak syarikat kerajaan negeri itu Februari lalu.

Wakil mereka Dr Alif Aiman berkata, semua 23 kakitangan PHSB menuntut jawatan mereka dikembalikan selepas masih belum ada jawapan daripada kerajaan negeri Selangor berhubung status jawatan mereka.

“Kami harap beliau meneliti masalah ini selain mengemukakan satu penyelesaian yang adil kepada kami.

“Setakat ini kerajaan negeri masih belum memberikan apa-apa jawapan atau penyelesaian terhadap masalah itu meskipun 3 surat rasmi sudah dikemukakan kepada Azmin pada November,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

Azmin pada Oktober meminta tempoh 3 bulan untuk meneliti hasil siasatan pemecatan 23 bekas pekerja PHSB semasa era pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...