DAP tak hormat undang-undang


ramesh_rao

Keengganan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membayar saman fitnah bukti beliau tidak hormat undang-undang

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata tindakan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang enggan membayar saman fitnah sebanyak RM27,000 membuktikan parti tersebut tidak hormat undang-undang.

Beliau berkata Lip Eng seharusnya menghormati pihak mahkamah. Tambahnya “Belum lagi perintah Putrajaya, sudah tidak mahu ikut undang-undang.

Ramesh menegaskan akan membawa perkara ini ke Bar Council dan akan memuat salinan untuk dihantar ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPR).

“Ini kerana kita mahu SPR siasat dan biar rakyat yang menilai sendiri,” tegasnya di hadapan Pejabat Lim Lip Eng di Taman Sejahtera, Jalan Kuching.

Sebelum ini pihak mahkamah mengarahkan MP Segambut supaya membayar saman malu terhadap bekas ahli DAP Yap Kon Min setelah beliau memenangi kes perbicaraan fitnah yang dibuat terhadap saudara Lip pada 27 Januari lalu.

READ MORE HERE 

 



Comments
Loading...