Ketua Hakim Negara diminta jelas kelewatan penghakiman liwat II


zainuddin-maidin

Masa yang lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi, prasangka, persepsi dan pandangan negatif terhadap integriti, kecekapan, kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat badan kehakiman negara

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria perlu menjelaskan kelewatan keputusan penghakiman berhubung rayuan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zainuddin berkata kelewatan kes liwat Anwar ini telah mengesahkan keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu mendakwa, masa yang lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi, prasangka, persepsi dan pandangan negatif terhadap integriti, kecekapan, kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat badan kehakiman negara.

“Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim – hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?” katanya dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com.

Tambah Zainuddin, kelewatan penghakiman terhadap Anwar mungkin juga sebahagian daripada budaya kerja dalam pentadbiran kerana negara tidak berada di bawah pimpinan yang dinamik dan berinspirasi sebaliknya sekejap ke depan dan sekejap ke belakang, ‘flip flop’ yang akhirnya menyerap dalam sikap berkerja pegawai pegawai kerajaan dari peringkat tertinggi hingga ke bawah.

Sebelum ini Ketua Hakim Negara memberitahu Bernama bahawa beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih memerlukan masa untuk melengkapkan penghakiman dengan membaca penghujahan.

“Biarlah kami baca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang menulis penghakiman” kata Tun Arifin.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...