Ali: ‘Aku tak tertakluk di bawah undang-undang UMNO’


ali-abd-jalil

(FMT) – Aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan bahawa kini beliau telah memiliki kad perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).

Jelasnya, kini beliau sudah tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional serta Sultan.

“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti,” tulisnya di dalam Facebook.

Ali yang melarikan diri ke Sweeden turut memberitahu bahawa Malaysia kini sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/09/ali-abd-jalil-dedah-miliki-kad-perlindungan-suaka/



Comments
Loading...