Mana nilai pekerti Ali Abd Jalil?


Ali-Abd-Jalil

Pasca modenisme yang menjelma memperlihatkan bahawa sistem nilai yang beradap tidak lebih sebagai tinggalan sejarah yang lapuk.

Bujang Paloi, Free Malaysia Today

“AKU tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti.”

“Kepada barua UMNO dan penjilat bont*t sultan, makin ramai rakyat Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat.”

Di atas adalah petikan kata-kata seseorang yang mendakwa aktivis, Ali Abd Jalil dalam facebooknya sebagai reaksi kepada pembatalan Pasport Antarabangsa Malaysia dan kini sedang menikmati perlindungan suaka politik di Sweden.

Ia boleh difahami sebagai cakap-cakap seorang budak yang mengamuk secara membabi-buta, atau seorang pemberontak yang berani bak membujur lalu melintang patah dengan kata-kata sebagai peluru yang akan menerobos ke dalam setiap ruang rasa dan percaya.

Tidak kurang juga hebatnya bahasa yang digunakan dan dipilih oleh blogger seks, Alvin Tan apabila mencetuskan provokasi, walaupun ia mungkin bukan maki-hamun atau carut-marut. Juga, sayugia dinyatakan, hal-hal seperti perilaku kedua-dua lelaki ini sudah menjadi kelaziman di media sosial, maka tidak ada kehairanan mengenainya.

Lalu apakah yang kata-kata boleh cerminkan, sama ada keluar daripada mulut semasa percakapan atau yang diluahkan di media-media sosial melalui ketukan jari pada papan kekunci. Ini sekadar cakap-cakap perihal budi, tutur dan berbahasa ketika pasca modenisme memperlihatkan nilainya dalam perwatakan manusia hari ini.

Pasca modenisme yang menjelma memperlihatkan bahawa sistem nilai yang beradap tidak lebih sebagai tinggalan sejarah yang lapuk menjadikan pemikiran manusia dan suatu bangsa sentiasa dalam keadaan jumud dan tidak berada dalam garis ketamadunan.

Nilai-nilai pasca modenisme sebenarnya diterima dan menjadi amalan kehidupan seharian apabila kita meletakkan kepentingan diri individu mengatasi manusia secara kolektif sebagai suatu masyarakat, kaum, negara atau agama.

Di sini, pengenalan mengikut ras dan agama dihapuskan kerana individu lebih penting dan utama, maka kebebasan dan hak individulah yang diangkat. Sebab itu adap dan sopan, budi dan pekerti sudah tidak penting.

Dalam kata yang lebih terperinci lagi, budi bahasa dan kelembutan sebagai kaum dan bangsa yang berhemah tidak wujud, apatah lagi apabila kita mahu meletakkan agama, khususnya Islam sebagai cara hidup dengan mengambil sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...