Salleh Keruak : Kenyataan Kit Siang petanda PR bakal berakhir


ssk

Ideologi dan pegangan politik ketiga-tiga parti dalam PR jelas amat berbeza seperti langit dan bumi

(Free Malaysia Today) – Kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang meragui pakatan akan terus bertahan sehingga ke PRU ke 14 adalah satu isyarat jelas bahawa pergolakan dalaman ketiga-tiga parti tersebut kini berada di tahap kritikal yang bakal mengundangkan kepada perpecahan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyifatkan demikian berkata, senario politik pakatan pembangkang kebelakangan ini jelas memperlihatkan keretakan serius dalam perpaduan dan perhubungan parti-parti terbabit.

Beliau berpendapat, perkara tersebut memang sudah dijangkakan sejak awal bahawa pakatan antara ketiga-tiga parti itu tidak akan kekal lama. Sejarah membuktikan perkara yang sama berlaku ketika PAS, PKR dan DAP membentuk Barisan Alternatif yang akhirnya berpecah.

Pada pengamatan beliau, ketiga-tiga parti itu membentuk Pakatan Rakyat semata-mata untuk satu matlamat iaitu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah dan tidak ada perkara lain yang menyatukan mereka selain matlamat itu.

“Jika dilihat dari sudut ideologi dan pegangan politik ketiga-tiga parti itu jelas sekali amat berbeza seperti langit dan bumi,” tegasnya kepada UMNO-Online semalam.

Salleh juga berpendapat, faktor ideologi politik yang amat berbeza merupakan penyebab utama kerjasama ketiga-tiga parti itu akan menghadapi masalah dan seterusnya membawa kepada perpecahan, sepertimana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 1999.

Tambah beliau, harapan PR untuk menjatuhkan BN melalui PRU ke 13 terlalu tinggi namun mereka gagal dan kegagalan ini ternyata telah mengundang rasa kecewa yang amat mendalam terhadap kepimpinan pembangkang khususnya DAP.

“Kegagalan mereka untuk menumbangkan BN telah memberikan kesan yang kuat kepada pakatan itu. Ditambah pula dengan isu MB Selangor yang tercetus dari sikap Anwar dan PKR yang pandai-pandai sendiri seperti isu Langkah Kajang juga telah menyebabkan timbulnya konflik yang semakin parah antara ketiga-tiga parti tersebut khususnya antara PAS dan DAP.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...