Politik, Agama Dan Pakatan Rakyat


Lim-Guan-Eng

Edwin Michael, FMT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil dengan kenyataan bahawa orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH kerana menurutnya enakmen yang sedia ada hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Sekali lagi polemik penggunaan kalimah ALLAH ditimbulkan dan kali ini Pulau Pinang diheret sekali dengan kancah perdebatan agama yang kelihatan seolah-olah tiada pengakhiran. Agak berbeza dengan krisis di Selangor dalam soal rampasan Bible, di Pulau Pinang isunya agak berlainan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat kenyataan yang amat bercanggah dengan kenyataan Mufti Pulau Pinang.

Hormati Keputusan Majlis Fatwa

Sinar Harian bertarikh 26 Disember 2012 melaporkan bahawa Mufti Pulau Pinang ketika itu, Datuk Hassan Ahmad mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam di negara ini. Gesaan ini dibuat sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan memberikan kebenaran kepada penganut krisitian di Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Malaysia.

Malah Pulau Pinang sendiri telah mewartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan peraturan ini telah dikuatkuasakan semenjak pemerintahan kerajaan Negeri DAP. Lim Guan Eng sendiri telah persetujui dan telah dimaklumkan serta peraturan berkenaan telah diwartakan pada tahun 2010.

Jadi mengapa kini, pemimpin DAP ini sengaja mempersoalkan sesuatu yang pernah dipersetujuinya sendiri? Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh membuat kenyataan kononnya Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah meluluskan sebarang undang-undang bagi membenarkan enakmen berkenaan dilaksanakan terhadap masyarakat bukan Islam yang nyata bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Mufti Pulau Pinang?

Apa Motif DAP?

Isu penggunaan kalimah ALLAH ini hakikatnya terus dipolitikkan untuk kepentingan surivival politik sesetengah parti politik dinegara ini. Seharusnya krisis Bible di Selangor dijadikan pengajaran dalam menghormati sesama agama dan mewujudkan persefahaman serta toleransi dalam kalangan rakyat dinegara ini.

Dalam soal Kerajaan DAP Pulau Pinang ini yang sengaja melupakan fakta berkenaan tindakan kerajaan negeri yang hakikatnya sedar dan mengetahui tentang pewartaan 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di Pulau Pinang, maka motif disebalik kenyataan Lim Guan Eng yang terbaru ini harus dilihat dengan berhati-hati kerana mampu menyemarakkan ketidaksefahaman agama dan menjadikan rakyat Pulau Pinang sebagai mangsa politik perkauman.

Apa yang menjadikan isu ialah apabila kerajaan DAP Pulau Pinang terus mempersoalkan hak Islam dan campur tangan dalam hal ehwal Islam. Bagaimana seorang Ketua Menteri gagal dinasihatkan akan mengenai kewujudan Perkara 3 (1), 4, 11 dan Perkara 11 (4) serta Artikel 153, 157 dan 159 mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan serta Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri tersebut. Maka tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan yang mencabar keputusan Majlis Fatwa ini adalah satu tindakan secara langsung dalam mencabar kedaulatan dan integriti Yang di-Pertuan Agong.

Adalah harus diingatkan bahawasanya Sabah dan Sarawak dilindungi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan penggunaan kalimah ALLAH di kedua-dua negeri ini bukannya sesuatu yang baru kerana kumpulan mubaligh Kristian berbahasa Indonesia telah menggunakan kalimah ALLAH ini sekian lamanya dalam usaha untuk menyebarkan agama krisitian tanpa didasari apa-apa elemen politik seperti yang didakwa oleh politikus PR. Manakala, apa yang telah dipersetujui dalam konteks Semenanjung Malaysia harus dikekalkan tanpa apa-apa prejudis dan tindakan mencabar institusi agama Islam dan Beraja adalah satu tindakan yang mencerminkan betapa politikus sanggup lakukan apa sahaja untuk meneruskan perjuangan politik mereka.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...