Saya Nombor 26


tEUJezUrAPdOmto-580x326-noPad

Satu petisyen telah dimulakan untuk rakyat Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk menyokong seruan ini.

Loyar Burok

Pada hari Ahad, 7hb Disember, 2014 yang lalu, sekumpulan 25 orang rakyat Malaysia berbangsa Melayu telah menerbitkan surat terbuka untuk memulakan proses perundingan berkenaan kepincangan kedudukan dan aplikasi undang-undang syariah di Malaysia. Satu petisyen telah dimulakan untuk rakyat Malaysia beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk menyokong seruan ini.

Jika anda ingin menyokong surat terbuka tersebut, sila sokong petisyen itu.

Petisyen ini adalah menyokong usul yang dibangkitkan Kumpulan 25 tokoh ini, dengan berkumpul bersama dalam solidariti sebagai #26.

Sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam, kami yang menandatangi petisyen ini dengan ini menyeru kepimpinan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk:

i) Menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia.

Untuk sekalian lama, adanya undang-undang syariah dan sivil di negara ini telah menyebabkan pelbagai konflik. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat.

Dosa adalah dosa, dan merupakan di antara iman seseorang individu dengan Allah. Dosa peribadi tidak boleh dijadikan jenayah.

Tambahan pula, terdapat kekeliruan dan kepincangan undang-undang syariah yang tidak setara di antara negeri-negeri di Malaysia. Undang-undang syariah di semua negeri harus disetarakan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini undang-undang tersebut masih dikuatkuasakan dan telah menyebabkan banyak berlakunya ketidakadilan, membawa kepada kemarahan orang ramai, perbalahan tentang bidang kuasa dan hak menuntut semakan kehakiman, dakwaan penyalahgunaan kuasa, diskriminasi gender serta kematian dan kecederaan yang berpunca daripada serbuan terhadap kesalahan akhlak (moral policing). Ini menghakis kredibiliti, proses penggubalan undang-undang, serta keyakinan orang ramai terhadap keadilan di bawah undang-undang Islam.

Read more at: http://www.loyarburok.com/2014/12/16/saya-nombor-26/

 



Comments
Loading...