Debat Hudud : PAS cabar, DAP sahut


PAS-DAP-hudud

PAS menunjukkan sisinya yang sebenar melalui berahinya untuk melaksanakan Hudud walaupun jika ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan.

(Free Malaysia Today) – Setiausaha DAPSY Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid hari ini menyatakan kesediaannya berdebat dengan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharuddin Muhammad berkenaan undang-undang Hudud.

Beliau berkata, cabaran Zaharuddin untuk berdebat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan Hudud adalah sesuatu yang pelik.

“Nampaknya Zaharuddin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang benar-benar serius mahu mengetahui pendirian DAP mengenai Hudud.

“Namun sekiranya beliau membaca atau berbincang dengan mana-mana pemimpin DAP, beliau pastinya tahu bahawa pendirian DAP mengenai Hudud dan pelaksanaannya seperti yang disebut Lim Kit Siang adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh tiga Perdana Menteri pertama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Setiausaha DAPSY Bukit Bendera menambah, undang-undang Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas sebuah negara sekular dan menjadikan Islam agama rasmi Persekutuan serta kebebasan beragama.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...