Hukum Hudud tidak sesuai – Marina Mahathir


marina-mahathir

Tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.

(Free Malaysia Today) – Aktivis sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan masyarakat berbilang agama.

Menurutnya, beliau berharap hukum tersebut tidak dilaksanakan kerana “Walaupun hukum Hudud hanya untuk warga muslim, tetapi kita hidup di dalam suasana masyarakat yang bercampur-campur, jadi kelak semua orang akan terlibat.”

Beliau yang juga merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan, mengikut apa yang diketahuinya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan hukum Hudud ini dilaksanakan.

Bahkan, Marina mendakwa, sekarang bukannya masa untuk Malaysia melaksanakan undang-undang seperti itu.

“Mengikut perlembagaan, setahu saya memang tidak boleh, saya harap ini bukan masanya untuk undang-undang Hudud macam ni,” ujarnya lagi.

Marina mendakwa, beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, Marina turut tidak menolak bahawa perlaksaan hukum Hudud ini mempunyai kaitan dengan politik yang dimainkan oleh PAS.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...