Mengapa Mahathir serang Najib?-Nik Aziz


nik-aziz-nik-mat

Dr. Mahathir tidak serang Najib tiap-tiap minggu. Tunku serang Tun Razak tiap tiap minggu

(Free Malaysia Today) – Mengapa Dr. Mahathir menyerang sangat Najib? Dan mengapa Najib tidak menjawab?

Doa soalan tersebut ditanya oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Subky Latif baru-baru ini.

“Demikianlah keperihatinan Tok Guru mengikuti dan meneliti perkembangan politik semasa. Beliau tidak sekadar membaca berita yang tersiar bahkan cuba memahaminya,” kata penulis politik itu.

Subky yang menziarahi Nik Aziz, enam bulan selepas tersebar berita palsu tentang kematiannya berkata walaupun Tok Guru itu masih uzur dan stabil namun beliau pemikiran politiknya masih cergas.

Menurut Subky, beliau hanya memberi respon bahawa demikianlah cara dan reaksi seorang pemimpin politik terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya.

“Bukan Dr. Mahathir saja begitu, bahkan Tunku Abdul Rahman Putra yang tidak celupar seperti Dr. Mahathir, tidak berdiam diri terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya.

Bekas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin politik menceburkan diri dalam politik dulu adalah untuk memberikan perkhidmatan yang dikiranya baik, dan sekali gus mereka akan menolak atau menentng apa-apa yang dirasakannya tidak baik dan merugikan.

Apabila mereka sudah tidak lagi berkuasa, jika ada sesuatu yang dirasakannya merugikan maka mereka tidak wajar berdiam diri, cegah apa yang patut dicegah. Berdiam diri terhadap apa yang dirasakan tidak betul, bererti membiarkan apa yang tidak betul berlaku,” tulis Subky di Harakahdaily kelmarin.

Katanya, jika semasa berkuasa pemimpin berkenaan mencegah apa yang dirasakan merugikan, maka sesudah tidak berkuasa, jika dia benar seorang yang perihatin, maka dia wajar suarakan apa yang dirasanya tidak betul.

“Mungkin Dr. Mahathir seorang tidak akan menyembunyikan apa yang dia tidak suka. Tetapi Tunku Abdul Rahman dulu bukanlah seorang yang suka lepas cakap. Selepas dia tidak lagi jadi Perdana Menteri, dia menulis setiap minggu dalam akhbar tentang politik dan pentadbiran Tun Razak yang dirasanya tidak betul,” tambah beliau.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...