Setuju pelaksanaan Hudud di Kelantan tetapi…- Khalid Samad


khalid-abdul-samad

Mengikut prosedur, AJK PAS Pusat harus dimaklumkan berkenaan mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Abdul Khalid Samad menyatakan secara prinsipnya beliau bersetuju dengan perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, pendekatan ke arah perlaksanaan hukum hudud perlu lebih diperincikan.

“Kita tahu mengenai rancangan nak laksana Hudud di Kelantan tetapi yang kita tidak tahu adalah perincian ke arah pelaksanaannya,” katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today semalam.

Beliau yang merupakan ADUN Shah Alam turut menyatakan bahawa tidak dimaklumkan mengenai bil persendirian yang hendak dibawa ke Parlimen, begitu juga berhubung jawatankuasa bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Kita tidak dimaklumkan, mesyuarat AJK PAS Pusat adalah pada hari Ahad (14 Disember 2013) dan keesokkannya Menteri Besar Kelantan umum hendak buat mesyuarat sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan,” katanya.

Ujar Khalid lagi, jika mengikut prosedur mesyuarat, AJK PAS Pusat harus dimaklumkan berkenaan perkara ini.

“Takkan lah sampai AJK PAS Pusat tidak tahu. Ada di antara kita terkejut, dan kita cuma minta diadakan penerangan khas. Ini tidak, semua di dalam AJK PAS Pusat tidak mendapat maklumat.

“Sepatutnya diceritakan apa yang hendak dilakukan perancangan dan sebagainya tetapi tidak dimaklumkan,” tegas beliau.

Bahkan, Khalid menyatakan tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam PAS Pusat sendiri.

“Biar semua orang tahu bahawa kita tidak tahu, dan lepas tu harap-harap Kerajaan Kelantan akan panggil kita untuk bermesyuarat,” ujarnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...