Mohd Amar patut keluar PAS – Kok Seong


Teo Kok Seong

Kenyataan beliau itu mengelirukan dan menyimpang jauh daripada konsensus dan dasar bersama PR yang telah dimeterai sejak enam tahun lalu.

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY) Teo Kok Seong mengecam Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kerana merosakkan hubungan baik antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu tegasnya, Mohd Amar sepatutnya dikeluarkan daripada PAS kerana sikapnya tidak matang dan bukan parti tersebut yang keluar daripada pakatan.

Beliau melahirkan kekesalan kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mengatakan PAS menganggap matlamat menawan Putrajaya sebagai perkara kedua selepas Hudud.

Kok Seong berkata, sikap yang ditunjukkan Amar amat dikesali, sambil menambah, ”bukan PAS atau DAP yang harus keluar dari Pakatan Rakyat (PR), tetapi mungkin Amar orangnya yang patut meninggalkan PAS daripada terus berada di dalam PAS sambil merosakkan hubungan baik sesama rakan-rakan parti gabungan.”

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dalam wawancara dengan Malaysiakini menyatakan, beliau tidak kisah jika PAS dikeluarkan daripada gabungan Pakatan Rakyat demi cita-cita mereka.

Sehubungan itu Kok Seong berkata: “Kenyataan sebegini sungguh bersifat kebudak-budakan yang tidak menampilkan sifat matang seorang yang berilmu dan berpengalaman.”

“Kami juga merasakan kenyataan beliau itu mengelirukan dan menyimpang jauh daripada konsensus dan dasar bersama PR yang telah dimeterai sejak enam tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...