Pembantu Khalid diarah pulangkan wang RM2.6 juta


khalid-ibrahim-payout

Pembayaran dengan jumlah terlalu besar itu melanggar peraturan dan tata cara kewangan.

Adam Abu Bakar, Free Malaysia Today

Perbadanan Menteri Besar (MBI) telah mengarahkan supaya wang pemberian “golden hand shake” kepada lapan pembantu bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipulangkan semula di bawah pentadbiran baharu ini.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, penelitian MBI mendapati pemberian wang tersebut telah melanggar tata cara dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

“Pembayaran yang dibuat dengan jumlah terlalu besar itu secara jelas melanggar peraturan dan tata cara kewangan, melanggar syarat-syarat kontrak yang telah mereka setujui sebelum ini,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor, Stadium Melawati.

Jelasnya, pihak pengurusan perbadanan telah memaklumkam bahawa surat tersebut akan dihantar kepada kesemua pembantu Khalid.

“Mereka akan dibayar mengikut peruntukkan sedia ada dan surat akan dihantar dan setelah itu mereka perlu memulangkan semua duit itu dalam tempoh 14 hari.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...