UMNO-PAS, PAS-UMNO perlu disatukan


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/12/UMNO-PAS-Melayu-300x202.jpg

Analisis waras yang wajar diterima dengan hati terbuka

Free Malaysia Today

Coretan mengenai isu kerajaan campuran PAS-UMNO yang menjadi topik “sedap” dibahaskan banyak pihak yang sedang saya tulis terbantut. Mata terpaku pada artikel siaran Utusan Malaysia dalam ruangan CUIT, tulisan Datuk Zaini Hassan. Memang sedap membaca tulisan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu. Memang benar kata orang, “jauh perjalanan, luas pandangan.” Dapat dirasakan betapa lancarnya beliau menggarap artikel tersebut berdasarkan pengalaman serta analisisnya, dan ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian.

Inisiatif perpaduan UMNO-PAS Hussamuddin, satu harapan

INISIATIF perpaduan UMNO-PAS tauke suratkhabar Sinar Harian, Hussamuddin Yaacub tiba tepat pada masanya. Ia datang daripada hati nurani seorang anak Kelantan yang totok. Hussamuddin bukan calang-calang dalam dunia korporat. Beliau telah menceburi dalam perniagaan sejak berpuluh-puluh tahun lalu, malah sejak kecil melalui kedai buku bapanya “Toko Buku Yaacub Idris” di Kota Bharu.

Bermula dari kerdil dalam dunia penerbitan kini beliau antara usahawan media yang berjaya.Jika sudah berjaya, maka apa sahaja katanya boleh diangkat. Dia bercakap sebagai anak negeri itu, negeri yang musnah akibat bencana alam. Tiada siapa yang terfikir Kelantan menghadapi bencana sebegitu buruk ala tsunami di Aceh.

Aceh mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan semula. Disember lalu tepat sedekad tsunami melanda muka bumi ini. Ratusan ribu makhluk ditelan gelombang. Aceh juga musnah akibat permusuhan dan kebencian yang amat sangat antara manusia. Namun Serambi Mekah itu bersatu semula sebagai satu bangsa Indonesia setelah kemusnahan itu.

“Jika tiada tsunami mungkin kami akan terus berperang,” kata seorang warga Aceh semasa kunjungan saya ke situ baru-baru ini.

Sebuah kapal pencawang tenaga elektrik Apung 1, terpaksa diletakkan di luar pantai Aceh kerana pihak pemberontak ketika itu tidak membenarkan Jakarta membina di atas darat. Namun tsunami memperlihatkan janakuasa itu dibawa arus sehingga lima kilometer ke daratan kampung Punge Blang Cut, Kota Banda Aceh. Ia kini menjadi monumen simbol perpaduan negeri itu.

Akhirnya, ketua pemberontak yang berada di Sweden, Zaini Abdullah dan panglima perangnya dalam hutan, Muzakir Manaf meletak senjata. Kedua-duanya kemudian dilantik sebagai gabenor dan timbalan gabenor di tanah Aceh itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...