Brunei haramkan perhiasan Hari Krismas


Christmas

(Sinar Harian) – Brunei mengharamkan perhiasan yang biasa digunakan semasa menyambut Hari Krismas menurut laporan Bangkok Post.

Pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei mengharamkan perhiasan seperti pokok krismas, patung santa claus, kain rentang dan pakaian menyerupai santa claus.

Arahan tersebut disasar kepada premis-premis perniagaan.

“Pegawai kami menasihati mereka dengan lembut. Perkara ini berkait dengan undang-undang Syariah,” kata seorang pegawai.

“Kami faham yang sebahagian daripada mereka tidak tahu yang kami sudah menjalankan undang-undang Syariah (di negara ini). Hari Krismas adalah perayaan agama,” tambah beliau.

Sambutan Hari Krismas hanya dibenarkan disambut dalam premis peribadi dan tidak melibatkan orang Islam, menurut pegawai berkenaan.

Sementara itu, kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, sebarang perayaan agama selain daripada agama Islam dikhuatiri akan memesongkan akidah.

Dua orang pekerja Filipina berkata, ini adalah kali pertama perhiasan Hari Krismas tidak digunakan di premis perniagaan.

“Tiada lagi sambutan (Krismas). Kami hanya menyambut di dalam rumah dan bilik,” seorang pelayan warga Filipina.

“Tapi tidak mengapa kerana kami datang ke Brunei untuk bekerja sahaja, dan saya hormat undang-undang negara Brunei,” katanya.

 



Comments
Loading...