Hadi Awang akan ganti Nik Aziz?


nik-aziz-hadi-awang

Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia.

(Free Malaysia Today) – Bekas Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang uzur sebagai Mursyidul Am PAS.

Katanya, Abdul Hadi tidak sepatutnya menyandang jawatan Presiden PAS yang lebih rendah berbanding keanggotaannya dalam Majlis Syura Ulama, iaitu badan tertinggi parti dan mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini.

“Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur. Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am Pas,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kenyataan terbuka Zulhazmi itu turut dimuat naik di Facebook miliknya dan mengundang pelbagai reaksi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...