Selangor: Ketua Pembangkang bukan keperluan


noh-omar

(FMT) – Banyak negeri tak ada ketua pembangkang. Melaka, dulu DAP jadi ketua pembangkang tetapi kini tidak ada pun

Tidak ada keperluan lagi mahu ganti Ketua Pembangkang Selangor yang baharu, demikian reaksi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau mengulas mengenai kekosongan jawatan tersebut selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias meletakkan jawatan.

“Ya, kami menerima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai menamakan Ketua Pembangkang dan kami telah membalasnya menyatakan kami menerima surat berkenaan.

“Namun setakat ini kami belum berbincang untuk menggantikannya,” ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Selasa.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memberitahu, jawatan ketua pembangkang bukan satu keperluan DUN dan tidak menganggu proses perundangan tanpa sesiapa memegang jawatan berkenaan, lapor Malaysia Gazette.

Read more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/14/selangor-ketua-pembangkang-bukan-keperluan/



Comments
Loading...