Itulah Eric Paulsen yang sebenar – Mufti Kelantan


Eric-Paulsen

Sekiranya khutbah Jumaat ini mempunyai fahaman esktremisme sudah lama Malaysia menjadi sebuah negara yang ekstremis.

(Free Malaysia Today) – Tuduhan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat kepada umat Islam, maka dakwaan itu mencerminkan diri sebenar peguam itu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tuduhan yang dibuat ke atas JAKIM itu sebenarnya berbalik kepada diri peguam itu sendiri kerana kenyataannya yang mengganggu gugat perpaduan rakyat negara ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Mohamad Shukri menyifatkan tindak tanduk Eric sebagai biadap serta mempunyai agenda pencerobohan terhadap Islam dengan menyemai unsur-unsur provokasi dan penghinaan terhadap Islam.

Beliau berkata, khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM dan pihak berkuasa lain selama ini bertujuan mendidik masyarakat agar bersifat sederhana serta hidup dalam keadaan penuh harmoni.

“Tindakan Eric umpama menuding satu jari kepada orang lain tetapi empat jari menuding pada diri sendiri. Isi kandungan khutbah Jumaat telah diselia begitu rapi. Sekiranya khutbah Jumaat ini mempunyai fahaman esktremisme sudah lama Malaysia menjadi sebuah negara yang ekstremis.

“Sebaliknya sehingga hari ini, Malaysia masih sebuah negara yang masyarakatnya hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...