Tindakan Jawi, bukti Malaysia belum sedia laksana hudud


Hudud_AS-L1-650x350

Azrulnizam Aziz, TMI

Ancaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap gadis muda yang terlibat dalam insiden berpelukan bersama artis Korea tempoh hari membawa mesej jelas, negara kita masih belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Walaupun tindakan ini tidak boleh dinafikan sebagai salah satu usaha Jawi dalam konsep “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar”, namun yang dipertikaikan adalah sikap pilih kasih badan kerajaan yang membawa nama Islam ini dalam menjalankan tugas.

Sikap memilih bulu dalam mengambil tindakan sebgini boleh dilihat secara jelas apabila artis-artis tempatan yang memenuhi ruang kaca TV dengan adengan yang seumpama tidak pernah diambil tindakan, bahkan isteri perdana menteri turut beberapa kali juga melakukan perkara yang tidak jauh berbeza dengan gadis melayu tersebut.

Syed Qutub merumuskan pengertian adil sebagai sikap mutlak, tidak menunjukkan kecondongan cinta atau marah, tidak mengubah ketentuan kerana kasih sayang atau benci. Adil itu tidak mempengaruhi pandangan kerana pertimbangan kekeluargaan, tidak menaruh kebencian antara kaum dan tidak membezakan manusia kerana bangsanya, keturunannya, hartanya, pangkatnya dan lain-lain.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tindakan-jawi-bukti-malaysia-belum-sedia-laksana-hudud-azrulnizam-aziz



Comments
Loading...