Bagaimana saksi SPRM boleh disaman? – Ramesh Rao


Ramesh-Rao

Bekas ahli DAP disaman selepas menjadi saksi kepada SPRM dalam siasatan salah guna kuasa terhadap ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

Mohamad Fadli, Free Malaysia Today

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mempersoalkan bagaimana seorang saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh disaman oleh ahli politik.

Beliau mendakwa bekas ahli DAP, Woong Choo Chieang dan Danial Lim telah disaman oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas membuat satu aduan salah guna kuasa.

Ramesh meminta pihak berkuasa memberi jaminan keselamatan kepada bekas ahli DAP itu.

Ini kerana, jelasnya, “Mereka disaman selepas menjadi saksi kepada SPRM mengenai aduan salah guna kuasa dan wujudnya unsur-unsur penipuan dalam perihal kewangan sumbangan awam parti DAP.”

“Saya cukup hairan, walhal pihak SPRM sudah mengesahkan mereka sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan terhadap Teresa. Namun mereka disaman pula oleh Teresa,” katanya kepada FMT di Industrial Park di sini.

Ramesh juga mendakwa peguambela Teresa, Sankara Narayanan telah melakukan kesilapan mengenal pasti individu yang ingin disamannya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...