DAP persoal tindakan Mustapha Ali


anthony-loke-mustapha

Mengapakah wakil PAS di DUN Pulau Pinang tidak diarahkan untuk membangkitkan bantahan semasa perbahasan dan mengundi.

Faiz Zainudin, Free Malaysia Today

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mempersoal tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang terus mempolemikkan isu pilihan raya kerajaan tempatan dan mendakwa DAP tidak konsisten dalam soal dasar bersama Pakatan Rakyat (PR).

Menurut beliau, pihaknya juga hairan dengan tindakan Mustapha membangkitkan perkara tersebut menggunakan bahasa yang kurang sopan terhadap pemimpin DAP seolah-olah mengalih perhatian daripada membincangkan isu Hudud.

“Isu pelaksanaan Hudud dan pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan merupakan dua isu dan konteks yang berlainan dan tidak boleh dibandingkan ibarat ‘epal dengan oren’.

“Saya tidak berhajat membalas hujah Mustapha dengan bahasa sedemikian kerana saya menghormati beliau sebagai seorang pemimpin politik yang lebih berpengalaman, saya cuma menjelaskan pendirian DAP berdasarkan fakta dan terpulang kepada rakyat dan penyokong PR untuk menilai kewibawaan DAP dan PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, selepas PR menubuhkan Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2008, Lim Guan Eng dan Exco telah mengunakan pelbagai inisiatif bagi memulihkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan termasuklah membawa isu tersebut kedalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan namun langsung tidak diendahan kerajaan persekutuan.

Katanya, pada 9 Mei 2012 Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan untuk dilaksanakan di negeri itu malah semua cadangan tersebut tidak mendapat bantahan daripada ADUN PR temasuklah ADUN PAS.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...