Guan Eng celupar, Mustafa cabar semuka


mustafa-ali-guan-eng

Mustafa mendakwa Guan Eng menuduh beliau bersikap tidak jujur berhubung pilihan raya PBT.

(Free Malaysia Today) – “Disebabkan Guan Eng mulut celupar, saya cabar dia (Guan Eng) bersemuka secara terbuka,” kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu menyelar kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduh beliau tidak jujur.

“Saya ajak bersemuka kerana ini sahaja penyelesaian buat masa ini bagi meredakan keadaan. Biar saya dan Guan Eng mengatakan mengikut versi masing-masing.

“Biar rakyat tentukan siapa bercakap bohong dan siapa bercakap benar,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Agung PAS hari ini.

Sebelum ini Mustafa mendakwa Guan Eng menuduh beliau bersikap tidak jujur dalam berhubung keputusan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau yang mendakwa perkataan-perkataan dikeluarkan Guan Eng sangat tidak betul dan tidak tepat, juga menganggap Guan Eng mulut celupar.

Katanya lagi, Guan Eng tidak pernah langsung membincangkan mengenai PBT dengan PAS mahupun beliau.

“Namun saya akui Guan Eng ada menelefon saya selepas enakmen PBT dibentang di dalam Dewan Undang Negeri Pulau Pinang.

“Saya langsung tidak tahu Guan Eng ingin membentangkan PBT sebelum beliau menelefon saya selepas dia (Guan Eng) membentangkannya di DUN Pulau Pinang,” jelasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...