Urus perbezaan pandangan, hormati keputusan ketua: antara Najib dan Tun M
Salleh Said Keruak
1. BARU-BARU ini, saya terbaca satu laporan mengenai apa yang dikatakan sebagai `perang’ antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
2. Ini berikutan pandangan terbuka dan teguran pedas yang dibuat mantan Perana Menteri terhadap pentadbiran Datuk Najib.
3. Selain disiar dalam media arus perdana, cerita itu juga terpapar menerusi laman sosial. Maka, banyaklah komen termuat. Ada yang positif. Tidak kurang yang negatif.
4. Saya ada membaca komen-komen Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan serta tawaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu menjadi `orang tengah’ mendamaikan Dr Mahahtir dan Datuk Najib.
5. Secara peribadi, saya mengenali kedua-dua pemimpin ini. Tun Mahathir saya kenal sejak sebelum saya menjadi Ketua Menteri, manakala Datuk Najib saya rapati sehingga hari ini.
6. Pada pendapat saya, perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Ia lumrah dalam politik. Sebabnya, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Bergantung dari sudut mana sesuatu hal itu dilihat.