Khalid Samad, cermin diri sebelum kritik PERKASA


abu-bakar-yahya

Bagaimana pula dengan tindakan beliau sebelum ini yang sebelum ini mengundang kemurkaan baginda Sultan Selangor?

(Free Malaysia Today) – Yang Di Pertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya meminta Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya cermin dirinya dahulu sebelum mengkritik.orang lain.

Ini kerana sebelum ini Khalid lantang mengkritik Jabatan Agaka Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung isu melibatkan pentadbiran agama Islam di Selangor, namun hari ini beliau menggesa MAIS dan JAIS mengambil tindakan kepada PERKASA?

“Bagaimana pula dengan tindakan beliau sebelum ini yang sebelum ini mengundang kemurkaan baginda Sultan Selangor?

“Khalid Samad tidak usah menyalahkan pihak lain, apatah lagi memburuk-burukkan PERKASA dengan tohmahan murahan seperti itu. Perbetulkan diri dahulu sebelum membetulkan orang lain,” katanya.

Menurutnya, tujuan PERKASA hadir ke demonstrasi tapak projek Datum Jelatek di Taman Keramat, Selangor adalah untuk memberi sokongan dan solidariti terhadap nasib para penduduk Keramat sahaja.

“PERKASA harus membela kepentingan penduduk dan masyarakat Melayu,” ujarya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Abu Bakar turut mendesak supaya Khalid memohon maaf secara terbuka atas kenyataan tersebut.

“Jika Khalid tidak memohon maaf, satu tindakan mahkamah akan diambil terhadap Khalid,” ujar beliau lagi.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...