Ulama PAS bantah kempen ‘Asalkan Bukan UMNO’ (ABU)


abu-logo

Rakyat News RSS

Dewan Ulamak PAS Pahang membantah kempen Asal Bukan UMNO (ABU) yang dilancarkan beberapa pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Pembangkang terutamanya pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Ustaz Mokhtar Senik berkata, konsep itu dilihat hanya berasaskan sentimen politik yang menghalalkan cara.

“Ada pihak nak lagakan saya dengan Tuan Guru Nik Aziz supaya ahli-ahli PAS yang kasihkan pimpinan soleh itu pula berlaga dengan saya.

“Usaha kamu gagal. Sebab kami bukan makhluq yang berlaga tak tentu pasal. Kami hanya akan berlaga dengan orang yang Allah suruh kami berlaga.

“Sebab itu kami tak dokong dasar perjuangan kamu yang berkongsepkan ABU. Arus kamu dibentuk oleh sentimen politik semata-mata sedang kami dibentuk oleh arus ad-Diin,”katanya menerusi laman facebooknya.

Beliau berkata demikian memetik kenyataan individu yang menyerang beliau dengan menegaskan “kalau PAS nak kerjasama dengan UMNO tunggu saya mati”.

Kenyataan sedemikian didakwa telah dilontarkan dari Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Ulama-PAS-Pahang-Kempen-ABU

 



Comments
Loading...