Rakyat hakim negara untuk tarik simpati


anwar-rakyat-hakim

Ini adalah perkara biasa yang Anwar lakukan setiap kali beliau menghadapi kes-kes peribadi.

(Free Malaysia Today) – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilihat cuba untuk memainkan sentimen dan emosi para penyokongnya dengan membuat kenyataan beliau yakin akan terlepas daripada hukuman kes liwatnya bersama bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Azlan Bukhari, kata pengamal undang-undang, Mohd Azam Khairuddin.

Menurut beliau, ini merupakan modus operandi yang biasa Ketua Umum PKR itu gunakan dalam usaha untuk menagih simpati rakyat dan penyokong beliau dalam kes-kes peribadinya.

“Ini adalah perkara biasa yang Anwar lakukan setiap kali beliau menghadapi kes-kes peribadinya khususnya berhubung isu liwat ini. Setiap kali mahkamah akan mengeluarkan keputusan, beliau akan mula membuat kenyataan demi kenyataan yang menyentuh sentimen dan emosi penyokong serta rakyat.

“Justeru itu, sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau, maka kita akan dengar laungan rakyat hakim negara, mahkamah tidak adil dan sebagainya akan dilaungkan oleh penyokong-penyokong beliau sebagai protes terhadap hukuman tersebut,” katanya, lapor UMNO-Online.

Tambah Azam, dakwaan penyokong pembangkang yang mengatakan bahawa mahkamah tidak adil dan memihak kepada kerajaan atau pun dikongkong oleh UMNO adalah tidak betul kerana memandangkan banyak kes-kes yang dimenangi oleh pembangkang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...