Guan Eng hentikan sidang akhbar kerana ditanya tentang debat


mustafa-ali-lim-guan-eng

(The Malaysian Insider) – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di Butterworth.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata ‘ada soalan lain tak?’

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan ‘terima kasih’. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...