Mustafa Ali mahu lihat PR berpecah? – Nie Ching


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_TeoNieChing1_zps44d1cf6e

Jika Hadi dan Mustafa menghargai rakan-rakan dalam PR, mengapa mereka membuat serangan peribadi itu secara terbuka?

(Free Malaysia Today) – DAP kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Lim Guan Eng yang dikatakan sebagai tidak layak untuk berada dalam pucuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata, kenyataan itu jelas tidak boleh diterima dan tidak wajar berikutan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP bukannya berada dalam kepimpinan atas kapasiti peribadinya.

Menurutnya, kehadiran Guan Eng dalam kepimpinan PR adalah kerana beliau merupakan pemimpin tertinggi DAP, iaitu seorang pemimpin yang telah dipilih dengan sewajarnya oleh perwakilan DAP.

Kedudukan Setiausaha Agung DAP adalah setaraf dengan Presiden atau pemimpin tertinggi parti-parti lain. Ia berbeza dengan jawatan setiausaha agung parti-parti lain yang hanya menjalankan urusan pentadbiran tanpa banyak kuasa untuk membuat keputusan.

“Saya hairan mengapa Mustafa Ali begitu bersungguh-sungguh untuk melihat PR berpecah?” kata Nie Ching, lapor Nie Ching.

Mustafa dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa Guan Eng tidak layak duduk dalam Majlis Pimpinan PR kerana kononnya telah berbohong berhubung isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan apabila mengatakan pakatan sudah membayangkan persetujuan tentang undi ketiga.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...