Presiden PAS tidak tunduk


Abdul-Hadi-Awang

Pilihan raya PBT kehendak DAP, DAP hendaklah faham pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan

(Free Malaysia Today) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mustahil untuk dilaksanakan berikutan beberapa aspek termasuk daripada segi struktur masyarakat negara ini.

Ketika berucap merasmikan program anjuran parti itu di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di Kuala Terengganu, malam tadi, beliau mengingatkan DAP agar memahami pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan, lapor Utusan Online.

“Apabila timbulnya polemik perdebatan antara Setiausaha Agung (Datuk Mustapa Ali) dengan DAP berkait pilihan raya PBT, kita ada pendirian dalam masalah ini. Kita kena sedar PBT ada kaitan dengan Kerajaan Pusat dan ada kementerian. Kita tidak boleh langgar begitu sahaja selagi kita tidak dapat menguasai Kerajaan Pusat. Kita kuasai dulu Kerajaan Pusat,” ujarnya.

Abdul Hadi baru-baru ini melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT mampu mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat sekali gus menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Kenyataannya mengejutkan DAP dan Rabu lalu, Mustafa pula melepaskan geram dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...