Guan Eng masih membisu


mustafa-ali-guan-eng

Beliau hanya menggelengkan kepala apabila diajukan soalan mengenai cabaran debat.

(Free Malaysia Today) – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi enggan mengulas mengenai cabaran PAS untuk berdebat dengannya berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau sekali lagi enggan mengulas ketika mengadakan sidang media di pejabatnya, Komtar di sini semalam.

“Saya tidak akan mengulas perkara itu,” katanya ketika ditanya beberapa wartawan yang hadir, lapor Sinar Harian.

Apabila terus diasak dengan soalan berkaitan isu yang sama, beliau hanya menggelengkan kepala.

Guan Eng kemudian menjawab “ya” apabila salah seorang wartawan bertanya sama ada jawapannya (terhadap isu pilihan raya PBT) ialah “no komen”.

Sebelum ini Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke sudah mengeluarkan kenyataan bagi pihak Guan Eng bahawa DAP menolak cabaran itu, namun sehingga kini, tiada respon dari Guan Eng sendiri.

Dalam kenyataan itu, Anthony berkata, tindakan PAS itu dilihat seperti membakar jambatan ikatan kedua-dua parti itu dalam PR.

Menurutnya, tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan PAS menganggap DAP sebagai musuh politik dan bukan rakan sekutu dalam pakatan itu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...