Kalau Anwar ke penjara, PAS akan bergaduh besar?


i967.photobucket.com_albums_ae159_Malaysia-Today_Mug shots_SayutiOmar-1_zpsb55a77fc

Mohd Sayuti Omar, The Malaysian Insider

Mauduk yang berkisar dan bergeser dalam kepala orang ramai terutamnya pencandu politik ialah mengenai nasib Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. Tarikh itu ditetapkan hari memutuskan apakah Anwar kekal bebas seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ataupun dia akan dihantar ke penjara berhubung kes liwat yang dituduh terhadapnya.

Anwar sudah menyatakan kesiap-sigaanya untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Q-sera sera katanya. Kepada keluarganya juga sudah pasti beliau sudah memberi “gemanat taruh” dan juga khutbah akhir bagi menghadapi kemungkinan hitam kali kedua. Anwar sendiri sudah mempersiapkan dirinya dari segi mental dan fizikalnya.

Sebagai seorang pejuang Anwar tidak merasakan apa-apa yang perlu ditakuti. Sunah orang berjuang yang berhadapan dengan pencorba dihafalnya. Anwar sendiri sejak mula menerjunkan diri dalam perjuangan menentang arus sudah insaf dan sedia maklum yang sebelah kakinya sudah berada dalam penjara.

Dia sudah bersedia seperti mana yang selalu diserunya. Kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi laut, “lawan tetap lawan”. Anwar bukan sahaja berumah tetapi sengaja membina rumah di tepi laut kandati dia tahun amokan gelombang sangat dahsyat dan zalim. Beliau boleh berumah atas bukit atau jauh dari pantai kerana dia ada kesempatan itu kalau dia mahu, tetapi itu tindakan hipokrit dan itu bukan Anwar Ibrahim.

Jadi tentang Anwar tidak perlu dipertikai dan didebatkan. Apa yang hendak kita suluh ialah bagaimanakah nasib Pakatan Rakyat amnya dan PKR selepas (sekiranya) beliau direhatkan. Siapakah yang akan mengemudikan Pakatan Rakyat. Apakah Dr Wan Azizah Wan Ismail masih betah untuk berdepan dengan situasi yang memeritkan itu seperti mana dilaluinya sebelum ini apabila suaminya itu direngkukkan dalam penjara selama enam tahun?

Ada orang mengatakan Azizah sudah tidak larat. Saya tidak setuju kenyataan itu kerana perjuangan tidak mengenal usia dan gender. Lagipun Azizah bukan bersendirian dalam serba kekerdilan dan kedaifannya, kerana beliau mempunyai anak dan pengikutnya tersendiri. Tidak mudah untuk serikandi itu mengalah dan berundur. Tua bukan alasan. Tiada istilah “monopuse” dalam jihad.

Atau PKR akan dikemudikan Mohamed Azmin Ali. Jika mengambil kira kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR ia secara automatik tugas mengemudikan PKR, Azminlah sosok yang menjadi juara mengerakkan aspirasi perjuangan Anwar. Azminlah pemikul tanggungjawab bakal ditinggal Anwar. Azmin bukan sekadar sahabat yang setia sehidup semati, melentang makan embun meniarap makan debu bersama Anwar, tetapi pemikul amanah perjuangan.

Langkah Kajang yang dilakukan sebelum ini dimana akhirnya berjaya menyingkirkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang menjadi kudis gatal waktu malam kepada PKR, dan diganti dengan Azmin adalah transisi yang disediakan untuk menghadapi apa juga kemungkinan berhubung nasib Anwar Ibrahim.

Hari ini dengan kedudukannya sebagai MB Selangor satu-satu jawatan tertinggi dipegang pemimpin PKR sewajar peranan Azmin dihormati. Penyatuan PKR selepas Anwar akan dibawa dan diteruskan Azmin. Tampaknya PKR tidak ada masalah sekiranya Anwar ke penjara kerana Azmin mampu menanganinya. Kecualilah ada budak-budak pemikul bendera hitam yang tidak pernah merasa puas akan menganggu dan memprotes Azmin.

Bagi PKR tidak ada apa-apa persoalan. Sebalik apa yang menjadi tanda tanya, macam manakah keadaan Pakatan Rakyat apabila Anwar berada dalam penjara. Apakah Pakatan Rakyat akan berantakan yang kemudian nanti menjadi gemulah?

Sebelum ini orang tahu yang bersungguh mahu melihat Pakatan Rakyat kekal dan menjadi cabaran kepada UBN ialah Anwar. Anwarlah yang bertungkus lumus mencari formula merapatkan saf dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak mengakui kalau tanpa Anwar, PAS dan DAP yang berlainan ideologi dan senantiasa saling curiga mencurigai antara satu sama lain tidak mungkin duduk bersama kalau tanpa Anwar menjadi gamnya.

Jadi kalau Anwar sudah tidak ada, siapakah pula akan bertindak menjadi mediator. Peringatan Anwar supaya PAS dan DAP agar jangan bergaduh membayangkan kebimbangan calon PM daripada Pakatan Rakyat itu mengenai masalah Pakatan Rakyat sewaktu beliau bercuti sabbatical.

Saya ada firasat tersendiri tentang apa yang akan berlaku selepas ini dengan melihat kepada gelagat dan perkembangan dalam Pakatan Rakyat khasnya sikap dan ulah sesetengah pemimpin PAS dan DAP yang “berkekah” sesama sendiri. Apa yang berlaku bukan nature dalam dunia politik tetapi ia semacam diaturkan atau diorkestra demikian rupa untuk mencapai matlamat yang diangan-angankan.

Sesetengah pemimpin PAS dan DAP seolah sudah hilang kepercayaan antara satu sama lain. Perasaan curiga mencurigai sangat tajam antara mereka. Usaha sepadu bagi mengukuhkan Pakatan tidak tamnpak lagi dan mereka mudah peduli kepada hal-hal remeh dan bersikap kebudak-budakan. Apakah mereka termakan dengan umpan pihak musuh yang berusaha meretakkan hubungan sesama mereka.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...