Saya masih menunggu – Mustafa


Anwar-Mustafa

Mustafa akan bertemu empat mata dengan Anwar, pada masa sama beliau belum terima maklum balas Guan Eng berhubung cabaran debatnya

(Free Malaysia Today) – Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pertelingkahan yang berlaku antara pimpinan PAS dan DAP.

Menurut Setiausaha Agung PAS itu, beliau sedang mengaturkan pertemuan dengan Anwar dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai kemelut berkenaan.

Mustafa mencabar untuk berdebat dengan Guan Eng berhubung isu pilihan raya Pihak Berkuasa tempatan (PBT).

“Saya akan berjumpa Datuk Seri Anwar dalam masa terdekat. Hanya saya dan beliau…tanpa orang lain termasuk Guan Eng.

“Dalam pertemuan itu nanti saya akan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya, lapor mStar Online pada Isnin.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...