Mohd Amar tempelak DAP


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_07_Datuk-Mohd-Amar-Nik-Abdullah

Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati dia.

(Free Malaysia Today) – Kerajaan Pas Kelantan menempelak tindakan pemimpin DAP yang dilihat cuba mengganggu pentadbiran kerajaan negeri dengan membuat kritikan terbuka berhubung masalah banjir di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tidak ada keperluan untuk pihaknya mengadakan siasatan awam seperti yang digesa pemimpin DAP kerana banjir besar yang melanda adalah fenomena alam yang tidak dapat dielakkan.

“Apa maksud dia yang mahu kerajaan negeri buat ‘siasatan awam’, ini pun saya tidak faham, siasatan awam ini apa tujuan? Kita nak buat apa dengan siasatan awam kerana banjir ini fenomena alam, bukan barang yang kita boleh sekat.

“Kita sudah wujudkan jawatankuasa untuk kajian isu banjir, kesan dan kaedah menangani, biarlah jawatankuasa ini buat kerja dahulu dan kita tunggu hasilnya,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan pemimpin DAP itu yang seolah-olah mahu mengganggu pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan dengan beberapa kritikan terbuka berhubung masalah banjir di negeri ini.

“Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati dia,” katanya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...