Pas tolak bukan Islam jadi pemimpin (WITH VIDEO)
Umat Islam tidak sewajarnya menerima cadangan yang membolehkan pemimpin beragama lain menjadi pemerintah mereka.
(Free Malaysia Today) – Dewan Ulama PAS menegaskan, sebarang usaha untuk menggantikan pemerintah beragama Islam dengan pemimpin dari agama lain adalah bercanggah dengan prinsip siasah Islam.
Ketua Penerangannya, berkata, PAS telah membuktikan komitmennya untuk mematuhi prinsip tersebut ketika menolak cadangan untuk mencalonkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri di negeri itu pada 2011.
Menurut beliau, umat Islam tidak sewajarnya menerima cadangan yang membolehkan pemimpin beragama lain menjadi pemerintah mereka.
“Jangan pula kata, tak apalah siapa pun jadi ketua tak kisah. Pemikiran sebegitu bercanggah dengan siasah Islam,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program Nadwah Ulama di Darul Fuqaha, Bangi, lapor Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan menempelak keghairahan segelintir pemimpin parti berkenaan yang sanggup meninggalkan agenda perjuangan Islam kerana terlalu taksub dengan matlamat menawan Putrajaya.
SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE: https://www.youtube.com/watch?v=E7RF92hQVb0