Anwar akui PR hadapi masalah dalaman


Pakatan Breakup

Masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat amat besar dan perlu diselesaikan segera.

(Free Malaysia Today) – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat amat besar dan perlu diselesaikan segera.

Sehubungan itu jelasnya, fokus utama Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Februari adalah membincangkan krisis yang berlaku dalam PR melibatkan ketiga-tiga parti.

Menurut beliau, masalah yang berlaku dalam PR bukanlah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan dan ia memerlukan menyelesiaan segera bagi mengelak berlakunya pelbagai persepsi negatif terhadap gabungan yang diketuainya.

“Kita akan membincangkan beberapa isu berbangkit serta salah faham dalam PR yang berlaku secara berterusan dan ia tidak boleh dipandang remeh,” ujarnya.

Tambah beliau, jika masalah dalaman yang berlaku dalam PR berterusan ia akan mendatangkan masalah kepada parti dan perkara tersebut akan diperhatikan rakyat.

Selain itu, PR akan membincangkan hala tuju parti terutamanya menunaikan manifesto yang dijanjikan semasa PRU lepas.

Pasa masa sama, Anwar juga menafikan dakwaan kononnya ada segelintir pemimpin PAS memboikot program jelajah ‘Rakyat Hakim Negara’ yang sedang berlangsung sekarang.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...