Guan Eng berlagak macam bos


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2013_01_Datuk-Mahfodz-Mohamed

Akhir-akhir ini Guan Eng agak keras dan tidak berakhlak, jadi jawapan yang keras perlu diberikan.

(Free Malaysia Today) – “Macam dia (Lim Guan Eng) pula bos, mengarah-arahkan orang macam murid sekolah. Dia kena ingat, pemimpin-pemimpin pakatan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,” kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

“Jangan kerana dia Ketua Menteri Pulau Pinang, dia ingat dia sudah besar,” tegas beliau.

Menurut beliau, sikap sombong ditunjukkan Setiausaha Agung DAP, Guan Eng yang belum disahkan jawatannya, kerana merendah-rendahkan kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat tidak wajar dan bakal meretakkan lagi hubungan dalam pakatan pembangkang.

Dr. Mahfodz berkata, Guan Eng tidak sewajarnya mengarahkan Abdul Hadi berikutan kedudukan pemimpin tertinggi setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah setara.

“Nasihat saya (kepada Guan Eng) adalah jangan merendah-rendahkan orang lain, jangan sombong, kurangkan sifat takbur dan besar diri supaya parti-parti dalam pakatan dapat berjalan seiring,” katanya, lapor Mingguan Malaysia.

Abdul Hadi sebelum ini menempelak Guan Eng yang mempertikaikan kehadirannya dalam mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang dengan menegaskan beliau bukan budak sekolah untuk menurut arahan pemimpin DAP itu.

Reaksi Presiden PAS itu ekoran peringatan Guan Eng kelmarin bahawa mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang yang dijadualkan berlangsung Ahad ini tidak akan diteruskan jika Abdul Hadi tidak hadir.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...